11 May 2016

Chinta Unlimited - Farah Husain

Chinta Unlimited - Farah Husain



Azrul Redza dan Nur Amani. Cinta terbit saat kali pertama mereka bertemu. Tapi semuanya musnah dek salah faham. 

“I ingatkan you ni berbeza. Rupa-rupanya, you’re as cheap as them...” – Azrul.
“You hold a mean grudge, Encik Azrul.” – Nani.
“Ya, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, memang I berdendam!- Azrul.

Takdir tertulis, ada pertemuan seterusnya buat mereka. Mulanya Azrul berniat membalas dendam. Tapi, kalau memang jenis tak pernah buat kerja jahat, hatinya jadi tak tergamak. Sudahnya, dia ‘lepaskan’ sahaja Nani. Ingatkan selepas itu, hati akan lega. Tapi rupanya makin kacau dengan kehadiran Aaron.

“Dah awak dengan dia tak ada apa-apa. Tak salah saya ambil peluang kan? – Aaron.

Nani juga jadi serabut. Dia tak mahu berpaling pada Azrul tetapi dia juga tak mahu beri harapan pada Aaron. Hingga sampai satu tahap, dia terpaksa memilih Azrul untuk mendapatkan bantuan. Cumanya, bantuan Azrul bukan datang percuma! Ada terma dan syaratnya.

“Awak ni nak mengambil kesempatan ke, atau memang ikhlas nak tolong?” – Nani
“Ikhlas tu urusan saya dengan Allah. Come on, Cik Amani. Kalau nak diikutkan, dalam hal ni awak yang paling untung tau!” – Azrul

Untung ke kalau sekeping hati yang jadi pertaruhan? Kalau ikut kata Azrul, semuanya nampak mudah. Tapi hakikatnya, tak semudah yang difikirkan. 

Adakah Nani akan setuju dengan terma dan syarat Azrul? Jika setuju, cukup banyakkah cinta mereka untuk terus kuat menempuh ujian?


Farah Husain (FH)... 


Rasa nak picik² jer FH ni. Seriusly tak puas. Ceritanya biasa-biasa sahaja. tapi, dalam biasa-biasa tu.. ada luar biasanya. FH ni mmg suka buat hati ai geram jer... ok.. habis pesanan penaja.



Pasal Chinta Unlimited pula. Santai dah padat. Ringan dan mengasyikkan. Azrul ni, bukanlah jenis hero yang macam mana² novel lain. sweet meweet tu.. x adalah sangat. Azrul cool je. Cerita manusia yang biasa-biasa.



ML suka Nani dan isi hatinya. Dah macam identiti FH pulak. Nani yang sempoi, cemerkap dan sedikit kebudak-budakan. sesuai sangat dengan panggilan Adik Cute tu. 


Tapi, apa yang ML suka sangat ngan Nani ni, part drama queen tu. Haih.. kejung jer pipi ML layan si Nani ni. 



apapun thanks to FH.


Rate: 4


2 comments:

  1. Hi Sis.. lama sy menghilang.. huhu.. Lupe plak nk masukkan novel ni dlm wishlist.. kena update list jap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe..akak ko ni terkeluar dr landasan fantasi.. masuk landasan realiti.. tu yg asyik kelaut jer ni... masa terlalu mencemburui...

      Delete