02 September 2020

Sentuhan Kecundang

 

Arlina yang penuh misteri, itu yang Zarief rasa. Tapi bagi Hafif, siapa pun Arlina, wanita itu tetap istimewa di hatinya. Cuma, saat Arlina hadir sebagai isterinya, dia belum bersedia.
Dan ketika Arlina minta dilepaskan, dia akur.

“Abang pilih untuk penuhi permintaan Linn. Tapi Linn tak boleh paksa abang untuk lepaskan Linn dari hati abang....” Nafas Hafif tarik panjang.
“Someday, no matter how, I’ll find you.”
Arlina telan liur mendengar sumpah janji Hafif. Andai Hafif kembali, mahukah sekali lagi dia pertaruhkan hatinya pada lelaki ini?

Hafif yang penuh rahsia dan Zarief yang lebih banyak diam dari bersuara. Hafif yang pernah menjadi suami dan Zarief yang mahu menggantikan tempat adiknya.

“Alonggg...”
“Panggil saya Zarief. Jangan panggil Along lagi. Sebab panggilan tu akan mencipta jarak antara kita.” Zarief memintas.
Arlina terus terdiam.
“Atau, kalau nak mesra lagi, panggil sayang.”

Mampukah seorang Arlina membuat pilihan apabila yang disajikan di depan mata adalah dua lelaki yang lahir dari rahim yang sama?

Hidup ini bukan hanya tentang apa yang orang lain fikir dan apa yang orang lain mahukan. Tapi yang lebih penting dari itu, apa yang kita fikir dan kita mahu untuk diri sendiri.

27 August 2020

Diva - Emy Roberto


 Diva ; Gadis yang menjadi ‘everyone’s favourite’ di tempat kerja. Jenis yang tak payah ‘trying hard’ untuk meraih perhatian.

Dani ; Anak bos yang mengambil alih syarikat abah sementara abah bercuti panjang. Tipikal bos yang dibenci sebab selain muka handsome, tak ada yang menarik tentang Dani.

Awalnya tak ada yang manis dalam kisah mereka berdua. Hanya setakat hubungan seorang majikan dan pekerja.

“Malaysian bosses have no right to WhatsApp staff after working hours. Highlight yang sangat interesting, sebab tu saya tanya awak ada baca ke tak because it reminds me of you.” - Dani

“Bos, itu saya dah lama tahu. That is why I didn’t have any intention to reply your message after working hours.” - Diva

Tapi betullah apa yang Dani dengar sebelum ini, memang Diva jenis yang menarik hati semua orang termasuk dia.

“You annoy me more than I ever thought. But I want to spend every irritating moments with you.” - Dani

Ingin memiliki Diva dan ingin menjadi yang terbaik untuk Diva. Itulah nekad Dani. Tapi… boleh ke?

27 June 2020

Bittersweet - Farah Husain


Ini kisah cinta. Cinta yang klise. Kisah bittersweet yang berlaku dalam hidup mereka…
Leila; heroin bukan jenis wanita-Melayu-terakhir.
Eizlan; hero tak jadi yang memang minta diri disumpahi.
Gibran; hero drop-dead-gorgeous yang acah-acah beku idaman hati para gadis.
“Semua ni satu kesilapan.” ~ Gibran~
“Ya. Kesilapan yang paling besar.” ~ Leila ~
“Jadi, berikan I peluang untuk betulkan segala-galanya.” ~ Eizlan ~
Cinta itu boleh jadi manis, kalau bertemu dengan pasangan yang sesuai. Cinta itu boleh juga jadi pahit, kalau bertemu dengan orang yang salah.

19 June 2020

Miss Amerikano - Rin Ahmad

𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 cinta tak kesampaian Ehsan bermula di Las Vegas. Hannah telah meninggalkan satu tekad dalam jiwa lelakinya sehingga membentuk kerjaya dan perniagaannya sekarang.⁣
⁣
“𝘐’𝘮 𝘪𝘯𝘵𝘰 𝘢 𝘮𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘨𝘶𝘯, 𝘯𝘰𝘵 𝘢 𝘮𝘢𝘯 𝘴𝘩𝘰𝘰𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘢 𝘨𝘶𝘯.” - Hannah Scott⁣
⁣
Tujuh tahun lamanya Ehsan terpisah dengan Hannah tanpa sebarang berita. Selama itu juga, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Namun, agenda Tan Sri Abdul Hadi ingin memperkenalkan anak gadisnya menimbulkan tanda tanya. Sejak itu, hatinya mula goyah.⁣
⁣
Mengenali Hana Raisa Abdul Hadi umpama 𝘥𝘦𝘫𝘢 𝘷𝘶. Hana Raisa mengingatkan Ehsan tentang Hannah Scott. Wajah mereka hampir seiras walaupun perwatakan mungkin berbeza.⁣
⁣
Walaupun sikap Hana Raisa agak ‘Amerikano’ di mata Ehsan, dia tetap berasa selesa tiap kali berada di samping gadis itu. Seakan serasi bergandingan bersama.⁣
⁣
𝘋𝘦𝘢𝘳 𝘏𝘢𝘯𝘯𝘢𝘩,⁣
𝘐’𝘮 𝘴𝘰𝘳𝘳𝘺 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘐 𝘧𝘪𝘯𝘢𝘭𝘭𝘺 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘵𝘰 𝘭𝘦𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘨𝘰.⁣
𝘞𝘦𝘭𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘏𝘢𝘯𝘢 𝘙𝘢𝘪𝘴𝘢, 𝘞𝘩𝘰 𝘐 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘴𝘵𝘢𝘳𝘵 𝘢 𝘯𝘦𝘸 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘸𝘪𝘵𝘩. - Ehsan⁣
⁣
Saat Ehsan mula memilih Hana, Hana pula sukar memberi kata dua. Pendirian Ehsan buat dia sedar, Daniel lebih baik untuknya.⁣
⁣
“𝘠𝘰𝘶 𝘢𝘴 𝘢𝘯 𝘈𝘮𝘦𝘳𝘪𝘤𝘢𝘯 𝘨𝘪𝘳𝘭. You tak tahu ke zaman sekarang orang dah tak 𝘥𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 lagi. 𝘛𝘩𝘦𝘺 𝘮𝘦𝘦𝘵, 𝘵𝘢𝘭𝘬, 𝘤𝘢𝘵𝘤𝘩 𝘧𝘦𝘦𝘭𝘪𝘯𝘨𝘴, 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘢 𝘨𝘰𝘰𝘥 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘨𝘰𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘧𝘰𝘳 𝘢 𝘭𝘪𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘣𝘪𝘵 𝘵𝘩𝘦𝘯 𝘦𝘯𝘥 𝘶𝘱 𝘦𝘪𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘪𝘨𝘯𝘰𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘳 𝘮𝘢𝘳𝘳𝘺𝘪𝘯𝘨.” - Ehsan⁣
⁣
“Haha… 𝘯𝘰𝘵 𝘧𝘶𝘯𝘯𝘺 𝘣𝘶𝘵 𝘧𝘰𝘳 𝘳𝘦𝘢𝘭, memang cinta tak penting bagi you?” – Hana Raisa


09 June 2020

Di Antara Semua Bintang - Emy Roberto




“Shark."
"Hmmm..."
"We are in love with each other."
"I couldn't agree more."
"Tapi sampai bila kita nak hidup macam ni?"
"Yang macam mana? In love with each other? Forever and ever, Eva."

Shark dan Eva, merpati dua sejoli. Enam tahun hidup sebumbung tanpa pernah mengenal dosa dan pahala. Apabila mula menyedari keinginan mereka berbeza, Eva pergi meninggalkan Shark dengan satu pesanan.

"Berhenti mencintai saya. Jangan cari saya. Belajar untuk melupakan saya dan hidup tanpa saya." - Eva

Red hadir ketika Eva cuba untuk melupakan kisah lama yang hitam dan penuh dosa. Bagi Red, Eva adalah yang terbaik dan bintang paling dicintai sepenuh hati.

"Setiap orang ada kisah hitam sendiri. Keep that aside and live the new us." – Red

Baru sahaja mahu memulakan kisah baru, Shark muncul menuntut penjelasan. Hati yang terluka bertambah parah apabila mengetahui Red, sepupunya sendiri mencintai bintang yang sama. Sedar dia bukan yang terbaik, Shark mengambil keputusan mengundur diri.

"Just so you know, nobody dreams of growing up to be an alcoholic, an addict, broken and depressed. If you choose not to stand with me through thick and thin, then I will leave for good. Red lelaki yang baik. Dia akan jaga awak." – Shark

Eva jadi keliru. Antara Red dan Shark, yang manakah terbaik untuknya? Mampukah Eva yang masih dibayangi kenangan lama membuat pilihan yang sewajarnya? Apa yang pasti, akan ada pihak yang terluka dengan pilihan yang dibuat.

Di Antara Semua Bintang membawa kita menyelami kisah yang penuh kekhilafan dan keinsafan.

Jangan pernah ungkit kisah lama, kerana kisah itu penuh dosa...