05 September 2014

Lelaki Itu Untukku - Mazni Aznita



 
 
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-92-2
~720 hlm
                    Tarikh Terbit: 15 Apr 2014
Buku Prima
 
 
 
Sinopsis
ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin
kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin
dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.



Kes tidur lokap semalamnya kerana bergaduh di kelab malam, mempertemukannya dengan Idlan Riyaz, anak emak tirinya yang selama ini belajar di luar negara. Maka
bertemulah buku dengan ruas. Idlan Riyaz yang sentimental, cool, penuh kematangan dan pandai ‘mengenakan’ membuatkan hati si bunga liar berasa menyampah. Dia tidak pernah punya seorang abang dan jelas, dia tidak ingin Idlan Riyaz menjadi abangnya. Takkan sekali!

Tetapi itu kata mulut. Hati di dalam paling tahu apa yang diingini. Apabila dia yang tidak pernah dilindungi tiba-tiba punya guardian angel, bukan dari syurga tetapi dari Kota London, siapa yang tidak mahu? Apabila dia yang tidak pernah dikasihi, tiba-tiba diberi perhatian, maka episod baru tercipta. Jadilah dia secret admirer abang tirinya sendiri. Dan kerana Idlan Riyaz, dia mula belajar untuk menyayangi, mempercayai dan menerima.

Dan kerana Idlan Riyaz juga dia kenal Tengku Emery Iskandar, si playboy a.k.a BFF Idlan Riyaz yang ada karakter yang Masya-ALLAH, kereknya mamat ini. Baginya, Idlan Riyaz lebih sempurna dan penyayang berbanding Tengku Emery Iskandar. Cuma satu sahaja dia harus akui, dalam tidak kesempurnaan Tengku Emery Iskandar di matanya, lelaki itu punya hati nurani yang luhur.

“Aku memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam ni!” - Orked Harlina

“Abang tahu Orked ni kuat orangnya. Tapi yang kuat nilah yang abang risaukan. Abang risau. Abang takut Orked hanya kuat di luar tapi rapuh di dalam. Sebab tu Orked perlukan abang. I’m gonna be your shoulder to cry.” - Idlan Riyaz

“ I’m not perfect. He’s either. And the two of us will never be perfect. But if I can make you smile at least once, causes you think twice about me... then I’m perfect for you.” - Tengku Emery Iskandar


Ohhhh.... Mcm yg ckp sblm ni.... Mmg salah timing aku baca novel ni... Apapun, sangat berpuas hati dgn hasil MA yang tidak pernah mengecewakan.... Klimeks yg baik. Emosi ML terikut sama. Yg ML kesalkan adalah, kenapa ending dia begitu. Rushing benar... Tp ok jugak kot... Kalo x, mau cecah 1k muka surat...

Cinta tulus n suci yg digambarkan oleh Em, x seteguh cinta Orked padanya.
Ya, Orked terkeliru dgn perasaannya. Idlan, lelaki pertama yg sedar kewujudan Orked. Mana mungkin hatinya tidak jatuh kasih. Mana mungkin dia x jatuh sayang. Tp, ML pasti, itu bkn cinta. Kalau x, dia x mungkin tergugat dgn Em. Kalau x, dia x mungkin rasa bersalah kerana menyukai Em.

Em.. Kenapakah dia kembali dlm jelmaan Id... ML sgt x puas hati... Hishkkk..... Bkn dia x baca nota tu. Bukan dia x tahu kebenarannya. Bkn dia x tahu Orked cinta dia... But, y? Naper dia jd jelmaan Idlan jugak.

Tp serius weh... Mmg tersayatlah hati. Bila Em kecewa... ML Pulak yg terasa lebih... Tp antara Em dan Id, ML lebih suka Id ....

Al-Fatihah....

Oit... Lupa lak... Ni novel jer... Tp teringin jugak ML jumpa jelmaan Idlan dlm hidup ML ... Sbb ML rasa ML dah jumpa Orked...

Rate:4/5

4 comments:

  1. Replies
    1. beli.baca.review...
      hehheh... ML x hilang skill buat review..
      padahal sblm ni pun x der skill pun...

      Delete
  2. Replies
    1. no regret..
      ML jamin.. hahhaha...
      statement poyo

      Delete