26 June 2018

MAIA - Pasha Adam


Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?


Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka. 



Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya.



Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu. 



Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?

16 June 2018

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! - Suri Ryana


Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.


Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.



Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?



Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

11 June 2018

Seperti Yang Dinanti - Farah Husain

Bertemu semula dengan Luqman Ghazi selepas bertahun tidak bersua muka adalah perkara terakhir yang ada dalam fikiran Riana Ali. Tapi nak tak nak, dia kena juga hadap walaupun Ghazi sekarang ini tak berapa nak ‘sama’ dengan Ghazi yang dinikahi dulu.


“Why did we got married in the first place?” - Ghazi
“Err… because we were crazy in love with each other?” - Riana



Mereka berkahwin kerana saling cintai-mencintai. Tapi yang Ghazi pelik, kenapa mereka tak macam orang tengah ‘crazy in love’ pun. Selangkah dia mendekat, sepuluh kaki Riana ke belakang!


“Eh! Awak nak buat apa?” - Riana
“Lelaki dan perempuan. Suami dan isteri. Bila dah berdua macam ini, awak rasa saya nak buat apa?” Ghazi.



Sikap Riana yang macam iklim dunia tak menentu itu betul-betul buat Ghazi bingung. Sekejap hangat, sekejap dingin dan sekejap pula cerah, lepas tu mendung. Puas dia cuba tebak, namun gagal.


Yang Ghazi tak tahu, memang Riana cintakan encik suami sepenuh hati. Dan kerana cinta, dia takut untuk serahkan segalanya pada Ghazi. Sebab antara mereka, ada satu rahsia. Rahsia yang kalau terbongkar, boleh musnahkan kebahagian yang sedang mereka lalui sekarang.


“Love is all about taking risk. Kalau tak cuba, mana nak tahu. Lebih baik ambil risiko dan alami kegagalan, daripada hanya duduk tak buat apa-apa dan seumur hidup terus tertanya-tanya.”


Beranikah Riana jujur pada hati sendiri atau selamanya dia akan memendam rasa dan kehilangan lelaki yang dicintai

09 June 2018

Maaf Tak Indah - Emy Roberto

Perkahwinan mereka yang bahagia selama ini tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Baru mereka sedar rupanya keinginan masing-masing berbeza. Syazan tak mahukan anak tapi, Raimie sangat mahukannya. Tindakan Syazan menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandung. Dan apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlewat. Dia kehilangan semuanya. Bahagia mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka. 

Lima tahun berlalu..
Pertemuan semula antara mereka menyentuh memori lama. Rindu pada si anak bagai membunuh Syazan. 
"Saya nak jumpanAdam."-Syazan.
"Temankan saya untuk satu malam. How bout that?"-Raimie.
Syazan tahu permintaannya mungkin sangat mustahil untuk ditunaikan oleh Raimie. Malah keadaan menjadi semakin rumit bila rahsia yang disimpan bertahun lama diketahui oleh lelaki itu. 
"Kalau saya diberi peluang untuk ubah jalan cerita kita, saya pasti akan ubah supaya kita sama-sama tidak terluka."-Syazan
Apa sebenarnya yang Syazan sembunyikan dari pengetahuan Raimie? Adakah Ikatan yang terlerai akan bersambung kembali?


08 June 2018

Missing Pages - Anna Lee, Ayumi Syafiqah, Ema Deesyiaqis, Farrah Izzlorna , Jun Sahaja, Pasha

“Setiap daripada mereka... ada kisah yang perlu dilengkapkan.”

Anya Dahlia - Benjy... Di mana pun awak ketika ini, saya harap kesedihan itu tak akan wujud lagi dalam diri awak. Andai takdir menemukan kita kembali, moga saya dapat melihat sinar yang berbeza dalam mata awak. Live well, Nik Benjamin.

Surat Cinta Untuk Lela - “Lela kata dia mengembara ke masa silam. Apa yang terjadi sekarang tak sepatutnya berlaku.”

Astra - Apa yang dilihat dengan mata kasar bukanlah cerita yang sebenarnya dan keajaiban itu sentiasa ada.

Duniabaru - Setiap cerita perlu ada kesudahannya. Dan ini adalah pengakhiran Two Soul.

Nota Yang Hilang - Fear is boring. Kemunculan sehelai nota akhirnya membawa dia keluar daripada ketakutannya.

Noah (Permulaan) - Sebuah pengakhiran bermula daripada satu permulaan. Dan ini adalah permulaan seorang Noah.

03 June 2018

Panahan Cinta Mr Agoraphobia - Suri Ryana




Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham hingga menyebabkan Tuan Faleeq mengelar Thalia pencuri manakala Thalia pula menggelar Tuan Faleeq sebagai penculik.

Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua. 

Kebarakan di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group. Kala itu, Tuan Faleeq sedang menghidapi agoraphobia. 

Lelaki itu kini sering diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq akan sembuh seperti sediakala,

Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihidapinya. 

Bahtera rumah tangga dilayarai dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya, tetapi bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar...