06 February 2013

Cik Blur dan Encik Ikhlas - Airisz



aku mula jatuh hati dengan novel ni bila baca novel ni kat penulisan2u. dan terus jer aku nak tahu kisah lanjut mengenai Kasih dan Encik Ikhlas ni.Kisah mengenai Kasih yang tertekan kerana sering dibuli oleh bos atasannya Encik Ikhlas.Tanpa dia sedari, Encik Ikhlas sebenarnya ada menyimpan perasaan kepadanya. Peluang menjadi majikan kepada Kasih menyebabkan dia mengambil kesempatan terhadap Kasih. Tetapi, tindakan Kasih dengan berhenti kerja menyebabkan Encik Ikhlas menjadi tidak keruan.

03 February 2013

Gelora Jiwa -Aisya Sofea

Ulang baca: Perkenalan antara Intan Azureen dan Hanif Ashman membibitkan rasa yang indah di hati Zureen. Tetapi, keindahan itu tercalar apabila kehadiran Mak Longnya ingin mempercepatkan perkahwinan Zureen dengan anaknya Hanif Azman yang telah bertunang selama 6 tahun. Zureen merasa gelisah. Bagaimana harus dia berkahwin dengan Azman sedangkan dia tidak pernah kenal dengan Azman. Dan hatinya sudah terpaut pada Hanif.

Rembatan di Hari Ahad



Seperti dijanjikan, saja aku nak mengendeng hasil rembatan yang sempat diangkut kat Book Fair kejap tadi... Kalau ikutkan, nak rembat lagi banyak, tapi rasanya cukuplah buat masa ni kot. 

01 February 2013

Kenangan Terindah - Hezzy Azra



Siri Ulang baca. Mengisahkan mengenai percintaan antara Marisa dan Ridzwan. Disebabkan Ridzwan akan menyambung pengajiannya ke UK, dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Marisa kerana bimbang sekiranya gadis pujaannya berubah hati kepada orang lain. Tetapi niat murni itu ditolak dengan baik oleh Marisa. Alasannya, dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan mahu menghabiskan pengajiannya di Malaysia.Ridzwan kecewa. Ridzuan ke UK bersama sahabat baiknya Akmal yang juga merupakan jiran Marisa. Jadi, pada Akmallah diharap menjadi mata telinga Marisa semasa di UK.

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid


Dah lama aku tahu pasal novel ni... tapi tak pernah terbuka hati untuk membacanya. mungkin serik kerana pernah membaca karya RAM semasa zaman muda belia aku yang berjudul Ranggau terbitan 1999. Bagi aku, novel tu pada masa itulah, memang tak memenuhi citarasa aku. Bosan sangat-sangat. Tapi macam yang aku cakapalah, mungkin masa tu sebab aku masih muda belia....Bila dan baca Bagaikan Putri ni, rasa jatuh cinta pula pada Laksanma Sunan.