31 December 2013

Happy New Year



2013 mula melabuhkan tirainya. 2014 sudah menjelma. Alahai.. sekejap je masa berlalu.

Januari 2013
Buku pertama ML baca 2013 adalah Lelaki Versi Dia  (LVD)
Buku pertama yg di beli tahun 2013 adalah Isteri Separuh Masa (ISM)

Disember 2013
Tahun 2013 ML akhiri dgn membaca Dan...Gerhanalah Sejuta Cinta (DGSC)
Buku terakhir ML beli tahun ni adalah aA+bB - Hlovate. Baru beli kat jualan JS ari isnin lepas....

Tahun 2013, ML hanya berjaya membaca sebanyak  100 Buah novel, 3 buah mini novel, 2 buah koleksi cerpen dan mini novel dan 1 buah buku motivasi.  ada lagi lebih 50 buah buku yang suka-suka hati dibeli tapi x sempat nak baca.ML, sila buang perangai tu untuk tahun 2014 ya... 
Januari 2013, ML sempat habiskan 20 buah novel dan Disember 2013 pula, hanya 3 buah novel... ML bz...

2013 juga ML membeli ..tet...tet... Biji novel.... Hahaha, x leh nak mention kat sini berapa biji, haru pakcik Kome dtg menjenguk. Buatnya dia kata "enough", x ke menggelupor jd ya nanti...so biarkanlah jumlah tu ek....

Niat 2014, ML nak lengkapkan koleksi Aina Emir(AE), Syamnuriezmil, Nass Alina Noah(NAN), Liana Afiera Malik(LAM) dan juga Hlovate.  Masih byk buku-buku koleksi NAN yang ML x dapat. maklumlah, kebanyakkan dah x ada cetak. so, nak tak nak ML kena beli yang secondhand. nak belipun, kenalah ML tengok2 dulu. Sebab.. x naklah ada pembelian x berbaloi. bayar mahal2 untuk buku yang dah hampir lunyai.

4 comments:

  1. Happy New Year sis! Wahh... masih bnyk novel x baca lg tu.. kite pun nk try layan Hlovate nyer citer la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah... Ntah bila dpt habis kan semua tu...asyik tambah jer...

      Delete
  2. slm..boleh tau nk beli buku hlovate novel Aa+Bb kat area shah alm...sbbb cari kat kedai x jumpa2 pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. buku Aa+Bb tu boleh beli kat semua kedai buku. insya-allah ada.. x pun boleh beli kat website Jemari Seni http://www.jemariseni.com/beli-online/details/10/1/novel-umum/aa-+-bb-~-hlovate.html . Kat MPHonline pun ada .. kalo x jumpa jugak, bolehlah serbu PBKL pada april ni.. tak pun dekat PICC Putrajaya sabtu ngan ahad ni

      Delete