06 September 2014

Sweet Sour - Nasz




AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

dah lama ML beli buku ni tapi baru sempat nak baca. dari awal-awal bab... memang ML tersengih jer baca kisah sengal antara Alia dan Zarul. kisah cinta budak U yang memang sweet. Betullah... Yang manis, harum dan wangi tu semua Zarul. hanya sekali Zarul palit rasa kelat pada Alia, iaitu masa dia bg kad kahwin tu,

Mengenal Joe... hemmm.. heran jugak ML, boleh eh bekas playboy a.k.a "kaki main" tu bertahan dari rasa nak terkam Alia walaupun Alia dlm pelukan dia... okey... kite terima sebab dia dah berubah... tapi, serius cool gile dia jawab pertanyaan ALia ttg arak n perempuan tu...

Orang ckp, kalo dah suka, semua sanggup. anak org kaya tahap dewa tu, boleh pula sesuaikan diri dengan suasana kampung dan family Alia yang berderek tu.. selutelah...

cuma, ML nak tahu sgt, macam mana Zarul nak hadap Alia N Joe lepas cerita ni habis... eh..eh... Lazuardi tu pasal aper eh???

Rate : 4/5

4 comments:

  1. Lazuardi tu cerita lain kak oi...tak ada kaitan pun. I imagined it as a Cinderella with different settings.

    ReplyDelete