14 January 2014

Rooftop Rant - Hlovate


 

Alhamdulillah... Selepas 10 hari, berjaya juga habiskan novel ni... Bukan bosan, tapi tak ada masa. Moh kita layan dulu sedutan di belakang novel tu. Eh, jap... Kita kasih buat ala-ala review yg mengikut format nak? Nak ker? Tapi, ML x pandai tau... Kira jgn cebikkan bibir anda ya.

04 January 2014

[tunas]- Hlovate



 

Okey.... Kita layan tunas pulak, lepas tersenyum dan tersengeh dengan kisah Addin dan Benz. Betul lah kata orang, Kena baca aA+bB dahulu baru boleh baca [tunas]. Kalau x, alamak, memang bungkus. 
Kita layan dia punyer sedutan(bukan siput sedut tau) kat belakang buku Dulu.

02 January 2014

Hari pertama persekolahan

Hari ni, 1st day persekolahan. ML hantar lovelyainz ke sekolah. Dah besar my daughter. Hemm.... Hari ni jugak, ML tengah baca cerita Tunas -Hlovate. Hadoi... Mmg menggamit memory lah pulak. Sacara automatic, ML teringat zaman persekolahan Dulu. Tapi, zaman sekolah menengahlah. Zaman skolah rendah, ML x banyak kenangan. Masa tu, masih suci murni kot... Hahahaha...

Bila ingatkan kenangan sekolah menengah, ML teringat kepadaku 3 jejak yg Paling rapat Dgn ML. Aidil, Puiyie dan Pinkie. Miss u all bro... Sayangnya, smp hari ni, ML masih x dpt contact mereka. X tahulah ke mana mereka menghilang. Salah ML jugak sebab ML tukar no phone x maklum pd diorang. I'm really sorry my bro... But, honestly... Really miss u all guys...

Apa yg ML suka mΓ©ngenai mereka? Mereka lah tempt ML mengadu. Mereka ni senior setahun ML. So, Kira abang2 lah ni... Persahabatan kami terjalin melalui sukan. Dgn mereka juga ML minta tolong. Dan bdk2 lelaki lain x berani kacau ML coz mereka takut kpd bdk bertiga ni. Mereka bukanlah Jahat. Jenkins yg huhahuha McM ML jugak.

Dan yang Paling x boleh ingat, time duk hostel. ML ni, boleh di katakan agak nakal jugaklah. Biasa lah zaman muda, apa yg org larang, itu lah yg nak sgt buat... Semua tu Jd pengalaman berharga yg x mampu dibeli. Thanks to all my friend, terima kasih.... Terima kasih kerana pernah memberi kenangan yang cukup indah untuk dikenang Oleh seorang ML. ML kenal erti persahabatan yg cukup bererti.

01 January 2014

aA+bB - Hlovate




Happy new year uoll...okey, my 1st entry untuk 1st day in 2014. Hahahahahaha... Novel review... Review lah sangat... Actually, ML tak pandai sangat nak buat review miew ni... Takut tau.... ML takut Ada yang Terasa dengan komen ML yang tak seberapa ni. Mana lah tahu kan, kot-kot Ada "kipas berani mati" mana2 novelist ker... X pun novelist tu sendiri ker... Takutnya ML Kalo depa sentap. Blog ni selalu jugak diterjah Oleh novelist2 buku yg ML komen Karyanya. Ada yang tinggalkan jejak, terima kasih daun keladi kerana sudi singgah ke teratak buruk hamba ni. Terima kasih. ML tahu, kekadang, ML ni banyak merapu drpd komen pasal novelnya. Lagi pun, ML tak betul-betul Ikut format atau panduan untuk buat review. Apa yang ML tulis kat sini adalah apa yang ML rasa bila habis baca novel tu. So, tu yang kadang-kadang org ckp, poyo lah ML no. McM syok sendiri. Hahahahah a... Ade den kisah.


31 December 2013

Happy New Year



2013 mula melabuhkan tirainya. 2014 sudah menjelma. Alahai.. sekejap je masa berlalu.

Januari 2013
Buku pertama ML baca 2013 adalah Lelaki Versi Dia  (LVD)
Buku pertama yg di beli tahun 2013 adalah Isteri Separuh Masa (ISM)

Disember 2013
Tahun 2013 ML akhiri dgn membaca Dan...Gerhanalah Sejuta Cinta (DGSC)
Buku terakhir ML beli tahun ni adalah aA+bB - Hlovate. Baru beli kat jualan JS ari isnin lepas....

Tahun 2013, ML hanya berjaya membaca sebanyak  100 Buah novel, 3 buah mini novel, 2 buah koleksi cerpen dan mini novel dan 1 buah buku motivasi.  ada lagi lebih 50 buah buku yang suka-suka hati dibeli tapi x sempat nak baca.ML, sila buang perangai tu untuk tahun 2014 ya... 
Januari 2013, ML sempat habiskan 20 buah novel dan Disember 2013 pula, hanya 3 buah novel... ML bz...

2013 juga ML membeli ..tet...tet... Biji novel.... Hahaha, x leh nak mention kat sini berapa biji, haru pakcik Kome dtg menjenguk. Buatnya dia kata "enough", x ke menggelupor jd ya nanti...so biarkanlah jumlah tu ek....

Niat 2014, ML nak lengkapkan koleksi Aina Emir(AE), Syamnuriezmil, Nass Alina Noah(NAN), Liana Afiera Malik(LAM) dan juga Hlovate.  Masih byk buku-buku koleksi NAN yang ML x dapat. maklumlah, kebanyakkan dah x ada cetak. so, nak tak nak ML kena beli yang secondhand. nak belipun, kenalah ML tengok2 dulu. Sebab.. x naklah ada pembelian x berbaloi. bayar mahal2 untuk buku yang dah hampir lunyai.