30 September 2014

Tiada Sepertimu - Anita Aruszi

 
 
 
Keifli: "Biar betul! Takkan Ruby ingat aku main cinta dengan anaknya? Hish! Mintak dijauhkan malapetaka ni. Siapa yang nak bertemankan perempuan seperti Zara? Sudahlah garang, keras kepala pulak tu!"
 
Zara: "Betul ke aku bencikan Keifli? Kalau aku bencikan dia, kenapa aku setuju disatukan dengan lelaki tu?"
 
Rubiah: "Benci tu satu perasaan yang amat dekat dengan cinta, Kif. I tahu you mampu buatkan Zara mencintai you. you mampu bahagiakan Zara."
 
Keifli dan Zara bersatu jua walaupun tanpa cinta di hati. Kenapa Rubiah nekad menyatukan anaknya dengan keifli? Berjayakah Keifli ' menjinakkan' Zara yang garang lagi keras kepala itu? Bolehkah Zara menerima Keifli di dalam hidupnya?

29 September 2014

Eksperimen Cinta - Anjell

 
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
 
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
 
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?


26 September 2014

Bukan Isteri Simpanan - Mia Kiff

 
DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.
 
AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi, siapa sangka, lelaki tak normal itu juga jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? Sampai bila Afiff mampu bersandiwara demi menyembunyikan sesi gelapnya?
 
KHALIFF - Lelaki penyayang yang menjadi sang pelindung buat Dania, saat duka mahupun gembira. Tekadnya bulat, mahu memperisterikan Dania. Namun cintanya terpaksa dikorbankan demi menebus kemaafan atas perbuatan silam arwah mamanya.
 
IRDINA - Kenapa kau hadir di saat segala kisah duka sudah hampir terlerai, saat bahagia sudah mula menjenguk jendela hati? Kau memang perosak, Irdina!
 
"Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar kau?Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah, tapi kau? Aku rasa macam aku ni isteri simpanan kau je. Kita ni dah macam housemate!" - Dania
 
"Aku tak pernah sentuh Nia. Kami tak pernah jalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Dia tu aku anggap macam isteri simpanan aku je." - Afiff
 
"Baiklah, kalau itu yang ummi inginkan daripada Khaliff, kalau mengorbankan cinta Nia boleh melangsaikan dendam ummi pada arwah mama, Khaliff akan lepaskan Dania pada Abang Afiff." - Khaliff
 
"Afiff, sudahlah tu. Biarlah isteri you tahu hubungan kita. Dah tak boleh nak tutup lagi dah rahsia ni, satu Malaysia pun dah tahu. So, you sebagai bakal madu I lah ya? Hmm, I tak kisah pun bermadu dengan you. I tahu, Afiff akan berlaku adik. Kan sayang?" - Irdina
 

22 September 2014

Gadis Edisi Terhad - Rin Ahmad



 
Jasmeen, anak perempuan kepada Tan Sri Farhan. Orangnya suka berdikari dan paling penting mempunyai hobi yang unik. Dia mengumpul semua benda keluaran edisi terhad. Cinta? Dia sentiasa takut untuk meletakkan komitmen lantas, cinta Iqmal ditolak mentah-mentah.

Fareez Ilham, anak yatim piatu yang dibesarkan oleh sahabat baik arwah bapanya iaitu Datuk Ismadi dan bekas pemandu keluarga, Atuk Syed. Orangnya amat setia dalam bercinta tapi sayang, cinta Gina kepadanya beralih arah kepada Iqmal tanpa diduga. Kehadiran Jasmeen memberi sinar tapi siapakah Jasmeen sebenarnya? Penjual kain? Tukang kebun? Arkitek landskap? Pencinta sejati?

Dalam masa yang singkat, pertemuan demi pertemuan akhirnya membuahkan rasa cinta di antara Jasmeen dan Fareez.

Mereka bercinta tanpa Fareez menyedari Jasmeen ialah Fellah Delisya, bos Integrate Landscape yang selalu dikutuk dan anak kepada Tan Sri Farhan iaitu pelanggan terbesarnya.

Dugaan melanda dalam hubungan mereka apabila Fareez mengetahui identiti sebenar Jasmeen. Mampukah sebuah realiti menepis hakikat sebuah cinta sejati? Sebuah episod luka membuat Jasmeen memutuskan untuk memberi ruang kepada Fareez dan akhirnya dia terbang membawa sekeping hati lara ke New York.

“I love you Fishy.”
“I love you too Cheesy.”

21 September 2014

Pemegang Watak Cinta - Nurrul Shuada

 



 
“Hah!!! Ya Allah, aku dah langgar orang! Ibu! Tolong Wafa, bu! Wafa dah jadi pembunuh.”

Dan dari situ segalanya bermula...

WAFA AMANI. Gara-gara rasa cuaknya, dia mula mencipta pembohongan. Identiti Tengku Aakif Nawfal ditukarnya menjadi Ali, seorang lelaki biasa.

TENKU AAKIF NAWFAL. Seorang pewaris syarikat hartanah yang hilang identiti diri angkara musuh dalam selimut. Dunia barunya hanya bersama keluarga kecil Wafa Amani. Tanpa disangka, berlaku suatu peristiwa yang memaksa dia dan Wafa Amani bersatu.

Apabila seorang cikgu Matematik yang garang, kedekut dan digelar harimau jadian tapi comel persis Heliza terpaksa menjadi pemegang cinta buat Tengku Aakif Nawfal, seorang lelaki hilang ingatan, apa yang akan jadi?

“Awak, keluarlah cepat. Bilik air ni bukan untuk awak mandi seorang aje tau.” – WAFA AMANI

“Kalau bilik air kat dalam rumah ni tak boleh mandi seorang, maksudnya kena mandi berdua ke?” – TENKU AAKIF NAWFAL

“Eee, geram betul aku dengan mamat ni! Yang famili dia pun tak reti-reti nak datang kutip ahli keluarga dia yang sesat di dalam rumah ni ke?” – WAFA AMANI

19 September 2014

My Dear Mr. Dimple - Aifa Batrisya


UMAR FALIQ. Kehadirannya secara kebetulan di majlis pertunangan versi kejutan antara Zarin Sofea dan Naim menjadi titik permulaan jodoh Umar Faliq bersama Sofea. Zarin Sofea tertipu dengan tindakan Puan Zahlia a.k.a si Angry Bird yang merupakan majikannya. Naim, anak si Angry Bird ini akhirnya ditunangkan dengan Umayra dan bukannya Sofea.

“Awak sendiri pun masih lagi belum boleh terima hakikat yang lelaki di dalam tu dah bertunang. Kalau awak tak boleh terima inikan pula ahli keluarga awak kan? Jadi… Alang-alang saya dah tolong awak tadi… apa kata, awak bagi saya teruskan?” – UMAR FALIQ.

“Awak… sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Umar? Ini bukan perkara main-main, tahu? Ini melibatkan masa depan awak dan dah tentu-tentu masa depan saya. Awak sedia nak jadi tunang saya untuk selamatkan keadaan malam ni dan lepas kita bertunang, awak nak putuskan pulak? Macam tu?” – ZARIN SOFEA.

Tidak cukup dengan majlis pertunangan, kontrak perkhidmatannya pula ditamatkan tanpa budi bicara. Sungguh, Sofea rasa lemah. Dia hilang Naim, dia hilang kerja. Dunianya dah jadi terbalik dan semua disebabkan oleh kebencian si Angry Bird kepada Sofea!

Rentetan itu, bagaikan intuisi apabila si mr. dimple yang misteri muncul dan sentiasa ada tatkala Sofea dilanda tertekan jiwa dan hati. Biarpun bicara sang jejaka tidak banyak, tapi senyuman dan lesung pipitnya bagai pelembut hati Sofea yang lara.

Apakah penamat teka-teki punca kebencian Puan Zahlia kepada Zarin Sofea? Lalu siapakah yang mampu memiliki cinta Zarin Sofea? Adakah masih punya harapan untuk Naim? Ataupun Umar Faliq yang hadir sebagai cinta hati teruna buat si dara.

16 September 2014

Mungkinkah? - Hanni Ramsul

 
Arisa mencintai Radhi sepenuh hati tetapi, cintanya hanya membawa sengsara. Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, membuat dia serik untuk jatuh cinta lagi. Dengan payah, dia meminta meminta perpisahan.

Zariff pula seorang lelaki yang tidak pernah percaya pada cinta. Kesukaannya, berpelesiran dengan wanita-wanita cantik. Bukan cinta yang dicari tetapi keseronokan menghabiskan masa bersama si jelita yang manja.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan Arisa, tanpa dia sedari telah mengubah keseluruhan gaya hidupnya. Beberapa pertemuan yang tidak disengajakan berakhir apabila Arisa menjadi calon yang mencuba nasib mencari rezeki di syarikatnya. Menolak semua calon yang lain, dia nekad memilih Arisa sebagai pembantu peribadinya. Rasa tertarik pada Arisa dan rasa geram sering ditolak oleh Arisa membuat Zariff tercabar. Akhirnya mereka berkahwin kerana kepentingan bersama. Perkahwinan mereka sama-sama dirahsiakan. Pada Arisa, perkahwinan itu tidak lebih untuk menghalalkan apa yang haram sebelumnya.

14 September 2014

Di Penghujung CIntaku Adelia - Wan Rohayu


 
 
Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci. Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.
Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad. Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang-langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?
Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.
“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha
“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia
Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?
Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

06 September 2014

Sweet Sour - Nasz




AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

05 September 2014

Lelaki Itu Untukku - Mazni Aznita



 
 
RM 27.90
ISBN: 978-967-0535-92-2
~720 hlm
                    Tarikh Terbit: 15 Apr 2014
Buku Prima
 
 
 
Sinopsis
ORKED Harlina, anak tunggal ayahnya, tetapi tidak pernah ada istilah ditatang bagaikan minyak yang penuh oleh si ayah yang jelas-jelas membencinya. Mungkin
kerana itu, dia menjadi gadis yang keras hati, suka melawan, sedikit ‘liar’ tetapi masih sekuntum bunga yang rapuh di pelosok hati. Apabila si ayah berkahwin
dengan seorang janda anak satu, lagilah dia panas hati.


01 September 2014

Terlerai Kasih - Rehan Makhtar



 
 
ILHAM FITRI… Sekaliku menyatakan cinta, usahlah kau meraguinya lagi. Sekaliku janji padamu, cukuplah untuk selamanya. Namun, semakin meniti masa, cintamu kian ragu di mana luhurnya. Hinggakan kudus cinta itu sirna begitu saja. Takku tahu setulus mana kasih, tidakku pasti setelus mana cinta. Sanggupku tentang satu dunia demi cintamu dan apalah kiranya andai kau sendiri yang menentang. Andai jodoh itu bukan milik kita, aku akan berlalu dari hidupmu dan biarkanlah kasih yang terlerai itu tidak bercantum lagi. Sesungguhnya, andai Dia mengizinkanku, aku ingin menyintaimu selagi ada nafas di sebalik jasadku yang sudah hampir rebah. – Nur Wafiah.

“Fiah takut ada pulak yang terjatuh cinta dekat Am. Menangis lagu dangdut la Fiah nanti,” gurauku agar dia tidak rasa bersalah.- Wafiah