23 March 2013

The Wedding Breaker - Evelyn Rose



Ya, Allah... mood aku: macam GILER KENTANG... best giler cerita ni... walaupun x derlah meruntung jiwa, tapi memang best... apa yang best??? tapi sebelum tu, kena puji dulu penulisnya.. subahannallah, very brilliant idea lah ko ni dik... bijak...bijak... sebabkan novel ko ni, akak tak lena 2 malam tau x!!!!.. memula, mcm biasalah, baca kat penulisan2u. then, ahkak order online. ambik masa 2 hari nak sampai... masa tulah, makan hati x reti² hati aku ni nak sabar nak menunggu novel ni... hisk.. spoil semua mood... tulah... masa book fair ari tu x nak beli... dah pegang-pegang dah.. tapi x jadi beli.....bila buku dah dapek.... kejap jor deng khatam... dah abis dah... x buek kojo laen doh, duk mengadap jor buku tu... x sampai separuh hari dah abis... tapi, kalo baca kat blog dio, ado laen sikit... eh... apasal aku cakap noghori sembilan ni?????


oklah.. back to this brilliant idea from lovely eve, mengisahkan gadis bernama Ariana Rose yang sudi membantu kawannya Tengku Juwita untuk memberhentikan majlis perkhawinannya dengan sepupunya Tengku Adam Kamil. Tujuannya, Juwita tidak mencintai Adam kerana social life lelaki itu, Kerana pernah terhutang budi dengan Juwita, Ariana sanggup.

Akibat dimalukan, Adam mencari gadis yang mendakwa mengandungkan anaknya pada majlis perkhawinannya bersama Juwita. Setelah maklumat diperolehi, dia menculik Ariana dengan harapan Ariana dapat membersihkan namanya. Adam merupakan sorang berpangkat Datuk Wira, ahli perniagaan terkemuka dan juga berketurunan raja. Malangnya, Ariana tidak mengetahui hakikat itu. kesibukan kerja dan sikap Ariana yang jarang bersosial menyebabkan dia tidak mengenali siapa sebenarnya Adam.

Adam mula tertawan dengan Ariana. dia tidak mampu menahan dan melawan nafsunya. kedegilan Ariana menyebabkan dia memperkosa Ariana. Pada masa yang sama, Ariana menyesali kerana keterlanjuran dirinya, kekilafan dirinya yang menabur fitnah mempalit duka dalam hidupnya. SEBAB MULUT BADAN BINASA. adam yang sudah terpikat menawarkan Ariana menjadi perempuan simpanannya. Namun, Ariana menolak mentah-mentah lelaki itu.

dua bulan berlalu, Ariana kembali ceria apabila dia disahkan tidak mengandung. Kelegaannya mengubat kedukaannya yang ditanggung selama hampir dua bulan. Namun, sekali lagi dia terserempak dengan Adam dalam satu majlis makan malam atas dasar kerja. Adam yang teruja melihat Ariana mula mendekati gadis itu kembali. Namun, Ariana menjauhkan diri dan berlagak seperti tidak mengenali Adam. Ego lelaki itu tercabar. Ariana semakin sukar didekati sedangkan cemburunya melimpah ruah sehingga menggugat ketenteraman hidup Ariana. Ariana dianggap miliknya dan tidak rela orang lain mendampingi Ariana. Adam semakin mengejar dan Ariana semakin menjauhkan diri. Benci kepada lelaki yang meragut kesucian dirinya. Tapi Adam tetap tak faham²...

Satu peristiwa yang membuatkan Ariana lari meninggalkan Adam. Pulang ke kampung halaman dan ditunangkan dengan pilihan keluarganya. Tapi tanpa mengetahui, tunangnya itu adalah Adam. Keluarga Adam telah merisik kerana yakin Ariana adalah gadis terbaik untuk Adam. Kehilangan Ariana menjadikan Adam lebih dekat kepada penciptanya. Kalau dah jodoh, akhirnya mereka bersatu jua....tapi, Adam memang romantik gilerlah... i like....tapi dik non, mak oi... imiginasi ko ni bagus jugak la.. hehhehe... banyak pengajaran yang boleh dikutip dari novel ni.. serius ... x tipu ni...dari kepentingan berhijab, batas pergaulan, adab berumahtangga.. dan macam-macam lah... coverpun cun... hehheheh... leh mintak email x??? kekkeke

Rate:5/5

2 comments:

  1. lol i was here before, but tak ter come across ur review. thanks a lot kak for this lovely review ! and love kata2 hikmah u put dekat header. menarik...! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm eve.. heheh.. kembang semangkuk dah rasa hidung ni...
      kata-kata hikmah tu... hahha.. nampak sangat haydarian kan.. kekekke...
      x tahu kenapa jatuh cinta dgn ayat tu... thanks a lot 2 u ...

      Delete