11 December 2012

Rindu Yang Pergi - Fazie Hanna


Novel ni dibeli tahun 2004. tertarik dengan sinopsis di belakang, terus aku rembat. lagi pun harga RM13 jer dan x berapa nak tebal ni... Ulang baca untu kali kedua...kenapa???


novel ni sedikit boring... bagi aku jerlah ..sebab??let me be honest... 

novel ni mengisahkan keperitan hidup Nia Karmila apabila dipinggirkan sang suami setelah dia menderita penyakit yang menyebabkan dia lumpuh seumur hidup. penyakit yang menyebabkan genetik tu terus menghukum Nia menjadi insan terbuang. Disisih suami dan dijadikan bahan gurauan dikalangan rakan sekerja. Suami yang berjanji akan membahagiakan dirinya itu, bukan sahaja telah menyusahkan nya malah direka pelbagai cerita untuk memburukkan dia... tapi biasalah manusiakan.. time suka ni, semua elok.. time dah x suka, benci.. semua kat mata tak elok, walaupun seribua kebaikan yang dibuat dan budi ditaburpun x nampak....

kesengsaraannya x habis disitu sahaja, bila terpaksa berulang alik ke hospital, dia dicerca oleh sebahagian jururawat yang menjagnya dengan dikatakan agak manja sedangkan mereka tidak merasa apa yang ditanggung oleh Nia. Penyakit yang ditanggungnya adalah penyakit yang hanya 3:100,000 terkena. 

yang membosakan cerita ini adalah bila banyak penerangan mengenai penyakit tersebut.. tu yang membuat aku sedikit bosan. dah lah buku tu hanya 383m/s sahaja.. banyak pula peneragan .. hisk.... oklah... seterusnya, Nia bercerai dengan suaminya dan menerima Dr. Rashdan sebagai suami. Dr. Rashdan merupakan doktor yang merawatnya, seorang duda kematian isteri dan mempunyai seorang. Dengan merekalah Nia mengecap bahagia walaupun dia hanya mampu berkerusi roda... 

Namun, kuasa tuhan, siapalah kita untuk menghalang ketentuanna, Rashdan dan Haikal, meninggal di depan mata Nia dalam satu kemalangan. Runtunlah jiwa si isteri. Semangat untuk terus hidup yang selalu ditiup oleh sang suami berkecai ketika itu. Apa yang aku perasan, nia memang dah putus harapan.

Zizie, sahabat yang setia, berkorban demi sebuah persahabatan patut dipuji tapi rasanya sukar dicari dalam dunia ini. memang beruntunglah siapa mempunyai sahabat seperti Zizie... 

Novel ni sad ending bila Nia meninggal. sebab, kisah diakan. then kawan-kawannya buat sebuah filem mengenai Nia menggunakan tajuk novel ni.. Rindu Yang Pergi.. huhuhu... sedih...

Rate: 3/5

2 comments:

  1. Dengarnya dulu, masa saya masih sekolah--ini kisah benar ya kak?

    ReplyDelete