27 February 2013

Handbag

Ni saja lah gatai nak cerita pasal jenis BEG. Aku pasti korang sure ramai yang sukakan handbag dan of course lah bersusun handbag korang. Setengah orang dia suka buat collection handbag, ada yang berkenan jer dia beli, nampa yang cun jer rembat. Sampai macam-macam colour. Ikut warna baju pun ada. Ada setengah orang pula, jenis yang pakai beg tu sampai lunyai. So korang jenis yang macam mana? Aku? Aku ni jenis… yang dua-dua kot….

Okey masa muda-muda belia gitu.. means awal 20-an, aku tak suka pakai handbag melainkan kalau nak pergi kerja. Aku lebih suka berlenggang-lenggang kangkung sambil jalan-jalan. Kalau shopping pun tak suka bawak plastic. So saper yg keluar ngan aku sure jadi mangsa tukang pegang plastic bag aku. Nasib baiklah aku  ni bukan kaki shopping sangat tapi window shopping addicter.. huhuhu… sabor jer lah….
So, untuk menyenangkan aku berlenggang-lenggang kangkung, aku lebih suka guna wallet berbanding purse. Sebab? Kalau pakai purse leceh sikit… kalau pakai wallet, wallet kan tahan lasak… wallet yang sentiasa duk kat dalam poket seluar mcm lelaki tu.. then, mulalah punggung tu tebai semacam. Tapi bukan tebai sebab banyak duit pun, tapi sebab tebai banyak khazanah-khazanah seperti slip-slip ATM yang disimpan lepas draw duit. Tujuan apa? Aku pun tak pasti.. tapi peel tu memang masih ada sampai sekarang…dan lagi satu yang membatu menggembungkan wallet aku adalah kad-kad yang ntah aper-aper mcm Jusco Card, Sogo, MPH… kalo boleh semua jenis card semua nak buat…. Nasib baiklah peel tu dah tinggal sikit sekarang ni. tapi, apa nak dihairan sangat kalau pakai wallet ni, sesuai sangat dengan aku yang langsung tak ada gaya feminine ni….

Bila dah ada anak sorang, bag pun surelah berubah bentuk. Kalao zaman anak dara dan belum ada anak, tak ada maknanya aku nak jalan-jalan bawak handbag. Tapi bila dah ada anak, kenalah bawak. Bukan nak tunjukkan, oi, aku dah berubah jadi ladies la.. bukan…bukan sebab tu, tapi sebab utamanya adalah nak menyumbatkan segala macam barang baby. Botol susulah, susu lah, pampers lah, baju spear lah, wet tissue lah… dah ghuper poket doremon dah… seluk jer tangan, keluar macam-macam.
Tapi, yang sadisnya, macam dah senget dah bahu membawa segala macam kat dalam bag tu. Beratnya hanya Tuhan yang tahu dan bergantung kepada keperluanlah.. setakat nak pegi sejam tu, takkan macam nak travel 8jam… kalo ghuper gitu gayanya… mamang tak sampai setahun dah patah bahu.

Then, now… dengan bangganya, aku boleh bawak beg kecik.. hoorey… kecik mcm mane? Alah yang macam anak-anak dara bawa lah… just muat purse, handphone. Tapi still kena ada ruang juga untuk letak tisu ataupun sapu tangan anak. Tak pun vicks ke… gula-gula ker.. maklumlah.. anak ni.. bukan boleh diduga….
Sekian, cerita hari ini

Sahabat




Sekarang ni, aku tengah "hanyut" pada lagu Sahabat by Najwa Latif. Cerita pasal Sahabat ni, aku persepsi berbeza rasanya daripada orang lain. Pada aku, berkawan ni, macam bercinta juga. Perlu keep in touch each others. Dan memerlukan two way communication. Aku ni sedikit manja dengan "kawan-kawan" baik aku. Dengan mereka, aku boleh cerita tentang rahsia-rahsia aku. Dan aku akan rasa tergugat kalau "kawan baik" aku pay intention pada orang lain lebih. Hahahha.. yes, i know i'm so jealousy. Tapi, kalau dengan "kawan baik" ni, aku akan rasa apa yang diarang rasa.

Contoh:

Aku akan memangis sedih bila kawan baik aku masuk spital kerana jantung. Yer-yer aku menangis walaupun dia adalah suami orang dan aku adalah isteri orang.Aku menangis sebab aku risau kawan baik aku mati. Walaupun kitarang dah x rapat macam dulu tapi, kawan still kawan kan.

Aku tanpa segan dan malu menangis bila kawan baik aku balik ke negeri asal dia. lagi mengharukan bila aku tak dapat nak hantar dia kat airport sebab masa tu aku ader kelas. aku sedih sebab bila dah berjauhan aku dah tak ada tempat nak minta tolong dan buat any suprise for my pak cik. aku sedih sebab, dalam banyak-banyak kawan, dialah yang melayan aku macam seorang abang melayan adik. may be sebab dia tak ada adik perempuan kot.

Lagi satu, kalo dengan rakan perempuan pula, aku tak sanggup diarang menangis hingga aku pernah buat gila aku tak nak jumpa diarang masa last day pertemuan kitarang coz aku tak nak menangis depan diarang. kalo aku nangis memang buruk. kenapa ngan lelaki aku boleh menangis bagai nak rak tapi tidak ngan perempuan? sebab, ngan lelaki tu sure aku tak peluk diarang tapi ngan perempuan aku akan peluk diarang. yang jadikan sadis lagi, kalo dah peluk tu makin lebat lah air mata... tu yang tak sanggup tu.

aku jugak suka keep in touch dengan my friends. aku tak suka hanya aku sorang jer yang akan tanya khabar kawan sedangkan kawan aku tu, kalo setahun aku tak contact, setahun jugak dia tak contact aku. huh... x der rupa kawan macam tu. 


26 February 2013

Kau Laksana Bulan - Aina Amir



selesai membaca Kau Laksana Bulan.Agak lambat sikit habis membaca. Sibuk dengan urusan-urusan yang perlu di dahulukan. Minggu ni "gila" kepada karya Aina Emir. Sebab ada 3 biji karya dia yang aku pinjam last week iaitu Terbanglah sayang, Kau Laksana Bulan dan Matahariku. So, lepas baca buku ni, aku pun googlelah .. boleh pulak tahu ada drama Kau Laksana Bula pada tahun 2010. Mak ai.. kena aku tak tahu ni. Then, baru tahu kenapa aku ketinggalan sikit. Sebab, ditayangkan kat RTM. Aku susah sikit nak bukak RTM ni. Tak pasti pula kenapa. Bila tgk pelakon dia, huhuhu... sangat-sangat menyesal coz hero dia Zulhuzaimi. Then, mulalah misi mencari download link utk mendownlad drama ni...

18 February 2013

After PMR

PERHATIAN: TULISAN INI DAH BERKURUN DALAM DRAF AKU... HAHHA BARU NAK PUBLISH....!!!


1stly nak ucapkah tahniah kat my pakcik's nice, Hijaz coz dapat 6A utk PMR ari tu... Hebat tu.... aku dulu 1A jer... kwang..kwang..kwang... then.. sebagai ucapah tahniah.. family dia beli X-Box... bestnyer... nak jadi anak diarang jugaklah kalo gitu.. hihihihi.. masa UPSR ari tu, dia dapat PS2....

oklah tinggalkan pasal si Hijaz ni... apa yang aku nak ckp kat sini adalah

Adoi...

kerana gatal tangan menukar nama blog ini, aku dah terhilang list blog yang aku suka singgah dan cuci mata.. hem.. nampaknya terpaksalah buat list baru coz banyak yang x ingat....

17 February 2013

Terbanglah Sayang - Aina Emir



Hubungan antara Lutfiya Zahra (Fiya) dan Syafinaz (Inaz) bukan sahaja kawan baik malah mereka juga merupakan sepupu dan juga berjiran di kampung. Mereka sering digelar kembar kerana wajah mereka yang seiras namun minat dan kecenderungan mereka adalah berbeza. Dalam kehidupan  Fiya lebih mendahului Inaz dalam banyak hal sama ada pelajaran, pekerjaan dan juga cinta. Hal ini menyebabkan Inaz menjadi sedikit cemburu.

15 February 2013

Sunan ku selamat tiba

Alhamdulillah... hari ni, sampai jugak Sunan Musafir ke tangan aku. Hemm... tapi perancangannya aku tak nak baca dulu sebab nak lengkapkan koleksi Si Sunan dulu. barulah aku nak baca Sunan... May be, bulan depan dapat kot kumpul semua.. harap2 semuanya lancar.... amin....

14 February 2013

Potret Wajah Kekasih - Antasya Balkis

Buku ni dibeli dengan harga RM10 masa Book Fair hari tu. May be kaki novel kasi promotion untuk habiskan stok lama. Memang buku ni buku lama sikit. Tapi x rugi beli kerana jalan cerita dia memang menarik jiwa dan raga... hahhah... over la pulak...

12 February 2013

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

Ala..la..la... Nyesal pulak beli novel ni. Walaupun novel ni dikatakan best seller, tapi bagi aku kurang ummpplah... tapi not bad lah because ni adalah novel pertama karya novelist ni. Bagi makcik yang dah ala-ala nak senja ni, rasanya gaya bahasa dia kurang la... mcm baca novel kanak-kanak ribena la pulak. tapi Nurul Ain jangan merajuk ya.. ni cuma pendapat makcik yang tak seberapa ni. Penggunaan nama watak yang canggih manggih jugak kekadang rasa terbelit² lidah walopun x menyebutnya.

Amir Minah Macho - Ummu Wafa

Perkenalan Ariel Iskandar (Ariel) dengan Amir menguntum bunga² cinta. Ariel terpukau kepada mamat jambu yang putih  bersih ketika membaiki keretanya yang rosak di tengah jalan. Tanpa Ariel tahu, mamat macho itu adalah Amira Batrisya yang pada masa yang sama juga telah jatuh cinta kepada Ariel. Oleh kerana perasaannya itu, Amir telah berlakon menjadi bisu.

09 February 2013

Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah

Nawwal Husna (Una) digesa segera pulang ke tanah air apabila tamat pengajiannya di oversea. Niat asalnya untuk menggembara bersama-sama rakan-rakan baiknya Pet, Em dan Tai akhirnya terpaksa dibatalkan. Apabila pulang ke tanah air, dia dikhabarkan bahawa dia dirisik oleh Puan Sri Mazlin untuk anak bujang mereka Zahrain Alimin. Una pada mulanya membantah tetapi akhirnya terpaksa bersetuju apabila memikirkan kesihatan dan juga perniagaan babahnya yang pada ketika itu menghadapi masalah.

Kampung Girl - Umi Kalsom

Kisah gadis kampung bernama Ainnur (Ain) yang tergila-gilakab sepupunya Ashraf Khairi (Ash) tetapi lelaki tersebut amat membenci dirinya hanya kerana dia adalah gadis kampung. Bagi Ash, gadis kampung hanya tahu memberi makan itik dan ayam sahaja. Kerana hinaan itulah, dia menjadi seorang yang berjaya hingga mampu melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam TESL.

07 February 2013

Cinta Itu Milikku - Dayana Darwisy

Novel ni aku rembat kat Book Fair hari tu. Rasanya memang menariklah idea yang ingin disampaikan oleh Dayana Darwisy ni. Pasangan terpaksa khawin tetapi tak mahu kenal pasangannya then terjatuh cinta tanpa mengetahui gadis yang dicinta itu adalah isterinya yang sah. Yang kelakar pulak tu, ada pulak pasang niat nak ceraikan isterinya kalau wanita tu tak setuju dimadukan.. hisk.. nasib baik dapat tahu sebelum sempat lafaz talak... kalo x ....suredah "ter" cerai bini dia tu...

06 February 2013

Cik Blur dan Encik Ikhlas - Airisz



aku mula jatuh hati dengan novel ni bila baca novel ni kat penulisan2u. dan terus jer aku nak tahu kisah lanjut mengenai Kasih dan Encik Ikhlas ni.Kisah mengenai Kasih yang tertekan kerana sering dibuli oleh bos atasannya Encik Ikhlas.Tanpa dia sedari, Encik Ikhlas sebenarnya ada menyimpan perasaan kepadanya. Peluang menjadi majikan kepada Kasih menyebabkan dia mengambil kesempatan terhadap Kasih. Tetapi, tindakan Kasih dengan berhenti kerja menyebabkan Encik Ikhlas menjadi tidak keruan.

03 February 2013

Gelora Jiwa -Aisya Sofea

Ulang baca: Perkenalan antara Intan Azureen dan Hanif Ashman membibitkan rasa yang indah di hati Zureen. Tetapi, keindahan itu tercalar apabila kehadiran Mak Longnya ingin mempercepatkan perkahwinan Zureen dengan anaknya Hanif Azman yang telah bertunang selama 6 tahun. Zureen merasa gelisah. Bagaimana harus dia berkahwin dengan Azman sedangkan dia tidak pernah kenal dengan Azman. Dan hatinya sudah terpaut pada Hanif.

Rembatan di Hari Ahad



Seperti dijanjikan, saja aku nak mengendeng hasil rembatan yang sempat diangkut kat Book Fair kejap tadi... Kalau ikutkan, nak rembat lagi banyak, tapi rasanya cukuplah buat masa ni kot. 

01 February 2013

Kenangan Terindah - Hezzy Azra



Siri Ulang baca. Mengisahkan mengenai percintaan antara Marisa dan Ridzwan. Disebabkan Ridzwan akan menyambung pengajiannya ke UK, dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Marisa kerana bimbang sekiranya gadis pujaannya berubah hati kepada orang lain. Tetapi niat murni itu ditolak dengan baik oleh Marisa. Alasannya, dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan mahu menghabiskan pengajiannya di Malaysia.Ridzwan kecewa. Ridzuan ke UK bersama sahabat baiknya Akmal yang juga merupakan jiran Marisa. Jadi, pada Akmallah diharap menjadi mata telinga Marisa semasa di UK.

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid


Dah lama aku tahu pasal novel ni... tapi tak pernah terbuka hati untuk membacanya. mungkin serik kerana pernah membaca karya RAM semasa zaman muda belia aku yang berjudul Ranggau terbitan 1999. Bagi aku, novel tu pada masa itulah, memang tak memenuhi citarasa aku. Bosan sangat-sangat. Tapi macam yang aku cakapalah, mungkin masa tu sebab aku masih muda belia....Bila dan baca Bagaikan Putri ni, rasa jatuh cinta pula pada Laksanma Sunan.